Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Monday, December 27, 2010

Hak seorang anak

'Hak', hanya tiga huruf namun memberi makna yang sangat besar.


Jika salah percaturan, kita akan disoal di akhirat kelak berkaitan soal hak ini.


Hak ini bukan sahaja diharuskan malahan wajib dilaksanakan oleh setiap ibu bapa.


Mungkin ramai yang sudah tahu, tapi apa salahnya kalau kita ambil tahu sekali lagi.


Saya percaya kita semua bakal menjadi ibu dan bapa suatu hari nanti.


Jadi sedikit sebanyak kita kenalah tahu berkenaan hak anak.


Saya mohon untuk tidak persoalkan apa yang telah ibu dan bapa kita lakukan (mungkin tidak menepati apa yang kita mahu, jika kita ada alternatif lain untuk menjadi lebih baik, ikutlah yang baik itu) jadi kita praktikkan kepada bakal anak-anak kita. insyaallah..


Sabda Rasulullah saw :
" Di antara tanggungjawab ibu bapa terhadap anaknya ada tiga iaitu pertama memberikan nama yang baik , kedua, mengajarkan tulisan (ilmu dan adab ) dan ketiga mengahwinkan apabila telah baligh".

01. Berikan nama yang baik kepada anak-anak. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh seorang pengkaji Jepun (Dr. Masaru Emoto) telah melakukan ujikaji terhadap molekul-molekul air.


Apabila didekatkan kalimah-kalimah yang baik kepada molekul-molekul air tersebut maka molekul-molekul yang terhasil adalah sangat cantik manakala apabila didekatkan molekul-molekul air dengan kata-kata yang tidak elok atau kata-kata kesat maka molekul-molekul air tadi berubah menjadi sangat buruk dan hodoh.


Ini menunjukkan bahawa tindak balas molekul air terhadap kalimah-kalimah yang baik adalah positif dan sebaliknya.


Badan kita kita juga terdiri daripada 70% air (darah).
Secara logiknya apabila kita memberi nama yang baik kepada anak-anak diambah pula dengan asuhan yang yang mengikut acuan Islam maka insyaAllah, anak-anak yang didik akan menjadi pejuang di jalan ALLAH.  


02. Adalah tanggungjawab ibu bapa untuk mengajarkan ilmu dan adab kepada anak-anak. Ilmu, maksudnya di sini ibu bapa memberi pendidikan kepada anak-anak (fardu ain dan fardu kifayah).


Sekarang ni pun, kerajaan telah menetapkan supaya setiap anak yang berusia 7 tahun di hantar ke sekolah rendah.


Bagi ibu bapa yang ingkar boleh dikenakan hukuman penjara atau denda sehingga RM 5000 (Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Noh Omar pada ketika itu tahun 2006).


Bukan sikit denda yang dikenakan, nilainya boleh buat bayaran permulaan untuk membeli kereta.


Adab pula merujuk kepada perbuatan yang baik berhubung dengan percakapan, perbuatan mahupun amalan.


Adab juga boleh diertikan sebagai akhlak mulia atau baik. Akhlak yang baik adalah bukti kukuh keluarga yang mulia.


 Sabda Rasullullah:
 "Sesungguhnya seseorang kamu yang mengajar adab kepada anaknya adalah lebih baik baginya daripada beliau bersedekah setengah gantang setiap hari." 

03. Mengahwinkan anak apabila telah baligh. Bila ibu bapa mendapat si anak sudah cukup syarat untuk bergelar isteri atau suami maka si ibu dan bapa bolehlah mengahwinkan anak mereka dengan pasangan yang sekufu yang dinilai dari 4 perkara iaitu agamanya, keturunannya, rupanya dan hartanya. 


Baru-baru ni dalam perbualan telefon dengan seorang sahabat. Biasalah di kala usia sudah melangkah ke alam awal dewasa persoalan nikah kahwin ini tidak lari dari topik perbualan.


Kata beliau, 4 perkara yang menjadi penetuan pemilihan jodoh adalah rupa, harta, keturunan dan agama. Dalam zaman serba canggih dan dunia tanpa sempadan hari ini.


Rupa, yang kurang cantik boleh menjadi cantik. Yang kurang handsome boleh menjadi handsome kerana begitu banyak produk kecantikan yang dijual di pasaran.


Harta, harta boleh dicari dengan kepesatan teknologi dan ilmu. 


Banyak perniagaan yang boleh diceburi jika mahu apatah lagi kini banyak peluang-peluang perniagaan yang muncul bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Tambahan pula 9/10 pintu rezeki adalah daripada berniaga.


Keturunan, keturunan atau nasab yang ada pada hari ini sudah banyak yang bercampur-baur.


Yang berketurunan Syed mahupun Sharifah juga sudah banyak yang berkahwin dengan orang biasa, yang kerabat diraja juga dah banyak yang berkahwin dengan rakyat jelata.


Agama, jadi yang tinggal hanyalah AGAMA yang menjadi kayu ukur dalam pemilihan pasangan. 
Oleh itu, ibu dan bapa wajib mengahwinkan anak mereka dengan pasangan yang tepat.


Rasulullah saw pernah bersabda yang maksudnya:
"Sesiapa yang mengahwinkan akan perempuannya dengan lelaki yang fasik maka sebenarnya dia telah memutuskan silaturrahim dengan anaknya."

Rasulullah saw bersabda lagi:
"Jika datang kepada kamu pinangan daripada seseorang lelaki yang kamu redha terhadapnya agama dan akhlaknya, hendaklah kamu terima. Kalau kamu menolaknya, padahnya adalah fitnah dan kerosakan di muka bumi."


Hadis ini lebih merujuk kepada anak gadis, namun kepada si lelaki janganlah kamu menjadi lelaki yang fasik itu.


Namun kita sebagai seorang anak pasti ini yang kita mahukan.


Wahai ayah dan ibuku,
Berikan daku makanan daripada sumber yang halal.
Sihatkan dan suburkan tubuhku dengan beridah bersama
Hindari daku daripada segala bahaya terutama azab neraka
Awasi kecenderunganku agar selari dengan syariat
Pastikan ilmu fardhu ain daku sempurna
Dorongilah daku agar memiliki akhlak yang terpuji
Nasihatilah daku dalam menjauhi sifat yang keji
Tanamkan rasa bertuhan dan kehambaan di dalam hatiku
Suburkan kecintaanku kepada Allah
Didiklah daku dengan sunnah Rasullullah
Bimbinglah daku dengan ajaran Islam yang lengkap dan sempurna
Latih dan Jadikan daku Pejuang Kebenaran
Ingatkan daku peranan sebagai khalifah Allah SWT di dunia
Doakan daku semoga menjadi anak yang soleh dan solehah.
Doakan semoga kita akhirnya berjumpa lagi di Syurga Allah.

Semoga memberi manfaat...sekian massalamah

Dakwah Perlu Berhikmah

Da'ie muda sekarang agak menyakitkan hati, sebagai da'ie haruslah bijak menangani masalah dan perkara buruk yang berlaku pada keadaan di sekeliling.
Kadang-kadang mulut cabul benar nasihat orang, bagaimanalah orang hendak lembut hati terima teguran.


Para da'ie muda perlu beringat! Setiap orang ingin rasa dihargai dan dihormati sebagai rakan dan orang yang punya hati dan perasaan.


Jadi kita sebagai da'ie perlu fahami mereka.


Setengah kita sakit hati melihat orang yang suka berperangai 'gedik', 'bajet' dan 'menunjuk-nunjuk', selepas itu mulalah rasa hendak marah dan kutuk belakang-belakang, yang baik sikit ada pula yang tawarkan diri untuk menegur, tapi bila sudah ditegur macam buat tak tahu sahaja.


Apalagi menyiraplah seluruh badan marah kepada dia!Aduh, aduh, aduh, perlu KESABARAN! Mana ada orang boleh berubah sekelip mata, perubahan perlu 'step by step'.


Teguran pertama, mereka akan berfikir "Aku buat salah ke?".


Jadi pada teguran pertama seseorang itu belum lagi mengalami proses penerimaan teguran. 
Mereka sedang mencari mana yang silap pada diri mereka.


Selalunya ego akan menguasai diri (tidak kira lelaki atau perempuan) dan mereka akan mencari jalan membela diri yang diri mereka tak salah.


Kita sebagai da'ie harus terima pendapat mereka dan cuba menerima sifat atau tabiat diri mereka yang sukar diubah, namun dalam senyap kita terangkan tabiatnya yang perlu diperbaiki!


Sebagai contoh :01.Kalau orang suka bergurau secara melampau (sakitkan hati orang) dengan berpendapat untuk mengeratkan hubungan silaturrahim.


Apakah harus dibuat?Katakan bahawa betul bergurau itu mengeratkan silaturrahim, tetapi setiap perkara ada baik dan buruknya kerana Allah menjadikan sesuatu benda memang ada sudut yang baik dan sudut yang buruk.


Dan antara semua perkara yang paling baik, adalah yang di tengah-tengah.


Selepas itu, bagilah keterangan apa yang buruknya tentang bergurau secara melampau.


Tapi janganlah harap dengan sekali sahaja anda tegur mereka akan berubah, anda harus bersabar dan sentiasa mengingatinya.


Dalam proses menegur sekali lagi (mengingatkan mereka ketika buat salah), haruslah pandai mengambil hati mereka dengan memuji perbuatan baik yang mereka lakukan, dengan itu mereka akan rasa dihargai.


Boleh juga puji akan perubahan yang kita nampak pada diri mereka walaupun sedikit.


Ketika itu juga kaitkan dengan prinsip akhlak agar mereka berminat dan tertarik dengan ciri seorang muslim sebenar sedikit demi sedikit.


Contoh lain :02.Ketika kita melihat mereka sudah reda sedikit daripada bergurau secara melampau dengan kutuk-kutuk orang, Apa perlu kita buat?Pujilah mereka, "Alhamdulillah, kan elok macam itu, tidaklah orang sakit hati, bahkan geli hati lagi dengan gurauan kamu, tidak macam dahulu, ada sahaja orang kutuk-kutuk kamu di belakang sebab tidak puas hati dengan kamu, kalau kamu buat lawak tidak jadi pun tidak mengapa, yang penting kita jaga 'hablumminallah' beserta 'hablumminannas'.


Tidaklah tambah musuh, Allah pun suka!"Lebih kurang begitulah, ikutlah ayat yang biasa kita guna sehari-hari, yang atas ini cuma contoh sahaja.Apabila kita sudah rapat dan sentiasa ambil berat tentangnya, pada masa yang sama mereka akan sedar bahawa apa yang kita nasihat dan tegur adalah untuk kebaikan dirinya.


Mereka akan fikir kembali untuk menjadi yang lebih baik dan cuba buang tabiat buruk mereka.


Yang penting, kita sebagai da'ie kena bagi sokongan, bukan tomahan kalau dakwah kita tidak berkesan.


Kerana sebenarnya kesannya pada hati mereka bukan kelakuan, nafsu dan akal sedang berperang.


Mereka ini ada effort tetapi belum cukup kekuatan.


Kita sebagai da'ie yang penyayang dan prihatin haruslah mendoakannya sentiasa dan memahaminya.


Tulisan ini hanya menunjukkan cara dakwah yang umum atau asas kerana setiap lorong dakwah mempunyai orang dan situasi yang berbeza.


Jadi cara dakwah tidak boleh serupa sahaja.


Adakala perlu tegas, adakala perlu lembut.


Tapi pastikan tegur bukan kerana marah dengan mereka.


Marah dengan sikap mereka itu betul, tetapi sertakan kasih dan sayang pada diri mereka, agar mereka faham betul-betul niat kita.


Pandangan orang sekarang pada para da'ie 'poyo', 'bajet alim', 'perasan diri dia je betul', sakit hati kerana macam diri orang itu sahaja yang salah.


Maka para da'ie bersikap adillah dan jadilah qudwah hasanah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...