Sunday, December 12, 2010

Assalam...

Assalamualaikum w.b.t...
Segala puji bagi Allah Subhanahu wa Ta'ala, selawat serta salam semoga tercurah kepada Rasul yang paling mulia, Al-Habib Al-Musthafa Al-Mukhtar. Saya mulai bicara dengan sebaik-baiknya kalam, iaitu firman Allah:
           

 "Adapun buih itu akan hilang sebagai sesuatu yang tidak ada harganya, adapun yang memberi manfaat kepada manusia, maka ia tetap di bumi. Demikianlah Allah membuat perumpamaan..."

   
 Seperti yang kita tahu,Islam merupakan sebuah agama yang penuh dengan pendakwahan. Islam sebagai sebuah agama dakwah. Salah satu inti dari ajaran Islam memang memerintahkan umatnya untuk berdakwah, yakni mengajak manusia kepada jalan Allah(tauhid) dengan penuh hikmah. Kepedulian terhadap dakwah jugalah yang menjadi identiti seorang Mukmin. Ertinya, orang yang meremehkan dan mengecilkan usaha dakwah bukanlah Mukmin sejati. Ini benar kawan! Apakah kita sanggup mendiamkan diri sahaja sekiranya ada teman kita yang berbuat dosa di hadapan kita?? Pasti tidak bukan??
Oleh itu, Allah memuji aktiviti mulia ini dalam firman-Nya:



"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal soleh dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri."
(Surah Fussilat, ayat:33)

   
    Di samping itu, Allah juga memerintahkan kita semua yang mengaku beriman untuk berdakwah. Ini adalah hakikatnya. Cuba semak baik-baik ayat ini:



"Seruilah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik."
(Surah An-Nahl,ayat:125)

   
    Kawan! menyeru kepada yang ma'ruf dan mencegah dari perbuatan mungkar memang itulah identiti seorang Muslim. Itu sebabnya, Islam begitu dinamik. Buktinya, mampu menawan hingga sepertiga dunia ini. Itu juga bererti, hampir seluruh penghuni daratan dari hujung barat ke timur, dan dari hujung selatan ke utara di dunia ini, pernah hidup bersama Islam.
    Kawan tahu bukan, kalau menurut ilmu geografi, dunia ini pun terdiri dari sepertiga daratan dan dua pertiga adalah lautan? Hebat bukan generasi terdahulu? Ini semua disebabkan semangat juang yang tinggi, yang mereka miliki untuk menegakkan kalimah tauhid di bumi ini. Sehingga sangat sesuai sekali apa yang mereka lakukan dengan seruan allah...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...